Warga India Ditikam Kekasih Indonesia - pakdin.my

Suspek seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia ditahan polis di Petaling Jaya.
Suspek seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia ditahan polis di Petaling Jaya.

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai warganegara India dikatakan ditikam hingga mati oleh teman wanitanya di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan PJS 1/46, Petaling Jaya di sini, Rabu.

Polis menerima laporan mengenai kejadian oleh pengusaha restoran berdekatan kira-kira pukul 5 pagi.

Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan dijumpai mati dalam keadaan bogel dengan kesan tikaman di dada.

“Dia baru selesai mandi ketika ditikam.

“Teman wanitanya dipercayai rakyat Indonesia. Dia ditahan di tempat kejadian ketika sedang mengemaskan barang-barang sebelum cuba melarikan diri,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

UTAMABERITAWarga India Ditikam Kekasih Indonesia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium