Xiaomi Mi Note Pro akan Berada Dipasaran China pada 6 Mei - pakdin.my

Mi-Note-Pro-Product-Shot-with-Specs
Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, telah memaparkan di akaun Weibo beliau bahawa Mi Note Pro yang sangat dinantikan  boleh didapati di China pada 6 Mei 2015. Ini adalah sejajar dengan laporan awal bahawa phablet 5.7-inci akan dilancarkan tidak lama lagi, dan kini tarikh rasmi telah disahkan.

Walaupun tarikh pelancaran 6 Mei hanya untuk pasaran China, kami telah diberitahu bahawa Xiaomi Mi Note akan dilancarkan di Malaysia pada suku kedua tahun 2015, antara April hingga Jun. Berkemungkinan Xiaomi juga akan melancarkan Mi Note Pro bersama Mi Note biasa di Malaysia, tetapi sehingga ia diumumkan secara rasmi oleh syarikat dari Cina itu sendiri, kita tidak boleh terlalu berharap. Lagipun, perancangan untuk membawa masuk Xiaomi Mi 4 ke Malaysia tidak dilaksanakan sehingga kini.

Mi-Note-Pro-Specs-1-600x338

Dari segi perkakasan, Xiaomi Mi Note Pro dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 810 dipasangkan dengan 4GB RAM. Mempunyai paparan skrin 5.7 inci 2560 x 1440 dengan kepadatan piksel 515ppi, paparan yang lebih tajam. Spesifikasi penyimpanan dalaman 64GB, bateri 3,000mAh, sambungan LTE, kamera 13MP belakang dengan penstabilan imej optik, kamera hadapan 4MP dan Android 5.0 Lollipop.

Xiaomi Mi Note Pro dijual pada 3299 yuan (kira-kira RM1,935) dan boleh didapati untuk pesanan di China pada 6 Mei 2015. Adalah diharapkan, ia akan dibawa ke pasaran ke Malaysia tidak lama lagi.

UTAMAXiaomi Mi Note Pro akan Berada Dipasaran China pada 6 Mei

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium