Zahrain Dakwa Anwar Saman Nallakaruppan Bermotifkan Politik - pakdin.my

Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim mendakwa tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Senator Datuk S. Nallakaruppan RM100 juta kerana memfitnahnya adalah sandiwara politik.

Beliau berkata Anwar sepatutnya menyaman Nallakaruppan atas kenyataannya yang didakwa memfitnah Ketua Pembangkang itu sejak dulu lagi dan bukan hanya pada masa kini.

Zahrain mendakwa tindakan Anwar menyaman Nallakaruppan pada Selasa lepas hanya bermotifkan politik untuk meraih undi memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir.

Beliau berkata demikian bagi menggulas kenyataan Nallakaruppan semalam yang tidak akan berganjak daripada kenyataannya yang didakwa Anwar sebagai “tuduhan memfitnah dan berniat jahat” .

Selasa lepas, Anwar memfailkan tindakan undang-undang ke atas Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) terhadap kenyataan Nallakaruppan itu yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh telah menghantar surat tuntutan bagi meminta Nallakaruppan dan UMMB menarik semula berita itu, memohon maaf serta membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran artikel tersebut.

UTAMABERITAZahrain Dakwa Anwar Saman Nallakaruppan Bermotifkan Politik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium