Zambry Minta Palanivel Jangan Terburu-buru Mengenai Isu Speaker DUN Perak - pakdin.my

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta Presiden MIC G. Palanivel supaya tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan dan bersikap serkap jarang berhubung soal pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan jawatan itu.

“Saya tidak pernah buat sebarang kenyataan berkaitan dengan kedudukan siapa akan jadi speaker kerana masanya belum sampai dan saya tidak boleh umumkan kedudukan itu sekarang.

“Kenapa dia perlu buat kenyataan bukan-bukan… kalau saya ada buat kenyataan bahawa kita akan mencalonkan (Speaker) daripada Umno, MCA atau Gerakan, beliau bolehlah menyuarakan…ini saya langsung tidak buat kenyataan apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya Perak dan pelancaran Program Sistem Pengurusan Pavemen bagi Jalan Negeri di sini Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Palanivel baru-baru ini bahawa MIC akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri termasuk pegawai khas dan anggota-anggota majlis kerajaan tempatan sekiranya parti itu tidak diberikan jawatan Speaker DUN.

Zambry berkata sebagai presiden parti, kenyataan Palanivel itu tidak bertanggungjawab kerana ia dilakukan tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

Katanya perancangan mengenai pelantikan itu sedang dilakukan dan siapa yang akan dilantik sebagai speaker DUN akan diumumkan pada persidangan DUN nanti.

palanivel-1-300x202

UTAMAPOLITIKZambry Minta Palanivel Jangan Terburu-buru Mengenai Isu Speaker DUN Perak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium