选改遴委会或在下届大选前落实改革建议 - pakdin.my

选举改革国会特别遴选委员会(PSC)成员兼乌雪区国会议员卡马拉纳登不排除,各方提交给该委员会的建议或提案会在下届全国大选来临前落实。

卡马拉纳登反驳一些人指改革选举制度的建议无法在第13届大选来临前落实的指控,是一项肤浅和没有根据的说法。

他说,政府仍有很长的时间来落实改革选举的各项建议,因为现任政府的任期还有两年,即到2013年。

“因此,为什么要那么急?就让特别遴选委员会的成员好好地进行交托给他们的任务。”

“有关是否赶得及对大选进行改革或不会有改革的问题,我给他们的答案是…… 为何赶不及?”

卡马拉纳登是昨日接受马新社24小时新闻电台专访时,这么说。

另外,他说,他向特别遴选委员会建议,一旦国会解散以让路举行大选,当局应该成立一个独立的临时政府,这个临时政府与民众所了解的临时政府不同。

他解释,他所建议的临时政府是较倾向于由现有的政府负责国家行政事务,其期限是短期的。

卡马拉纳登说,虽然目前并不迫切需要成立一个临时政府,但他认为应做好准备,因为或许接下来人民会有需要。

“当我们真的要落实有关建议时,我们就必须有相关的机制。”

 

PSC Mungkin Laksana Syor Dan Cadangan Sebelum PRU-13 – Kamalanathan
Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan tidak menolak kemungkinan bahawa syor-syor atau cadangan yang dikemukakan pihak tertentu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Kamalanathan, yang juga salah seorang anggota PSC berkata, oleh itu sebarang tuduhan pihak tertentu kononnya proses penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan dijalankan sebelum PRU-13 adalah dangkal dan tidak berasas sama sekali.

Katanya masa untuk melaksanakannya masih panjang kerana penggal pemerintahan kerajaan sedia ada masih berbaki dua tahun lagi iaitu sehingga 2013.

“Sehubungan itu, apa yang perlu dipercepatkan? Biarlah ahli-ahli PSC ini menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

“Soal sama ada sempat atau tidak pembaharuan dilakukan ke atas proses pilihan raya, jawapan saya kepada mereka ialah…mengapa tidak?” kata beliau ketika ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata syor beliau kepada PSC agar sebuah kerajaan sementara diwujudkan selepas pembubaran Parlimen adalah berbeza dengan konsep kerajaan sementara yang difahami umum.

Kata beliau, konsep kerajaan sementara yang dicadangkannya lebih menjurus kepada kerajaan sedia ada untuk menjaga hal ehwal pentadbiran negara untuk jangka pendek sahaja.

Sungguhpun tidak ada keperluan mendesak untuk mewujudkan kerajaan sementara buat masa ini, Kamalanathan bagaimanapun berpendapat, persiapan perlu dilakukan sekiranya wujud keperluan dan permintaan daripada rakyat kelak.

“Apabila kita sudah benar-benar bersedia untuk melaksanakan idea itu, maka satu mekanisme perlu disediakan,” katanya.

UTAMABERITA选改遴委会或在下届大选前落实改革建议

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium