إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ADUN Lepar Meninggal Dunia - pakdin.my

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia di kediamannya, dekat Sungai Isap Damai, kira-kira 4 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 55 tahun mula dipilih mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dalam Parlimen Paya Besar, sejak 2008.

ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar yang juga sahabat baik Allahyarham antara yang terawal mengunjungi kediaman keluarga itu, pagi ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana jam 11.00 pagi ini untuk solat jenazah.

Allahyarham yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis mengadu kurang sihat sejak minggu lalu, namun masih mengadakan pelbagai program turun padang di kawasannya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Jalan Kuantan-Gambang, selepas solat Zohor hari ini.

UTAMABERITAإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ADUN Lepar Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium