1 lagi kes positif di M’sia, jumlah jangkitan virus meningkat ke 15 - pakdin.my

Satu lagi kes positif virus korona baru 2019 (2019-nCoV) dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15, setakat petang tadi (7 Feb).

Kes terbaru itu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China, yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan lalu.

Wanita itu bersama-sama suami, anak lelaki dan menantunya tiba di Singapura pada 17 Jan dan kemudiannya pergi ke Johor Bahru pada 21 Jan.

Wanita itu mula mengalami gejala demam pada 26 Jan. Beliau tidak mendapatkan rawatan dari mana-mana fasiliti kesihatan dan hanya mengambil ubat demam yang dibeli anaknya dari farmasi berhampiran tempat penginapannya.

Pada Rabu (5 Feb) beliau masih tidak sihat setelah ubatan yang diambilnya habis. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bharu menerima makluman daripada pihak pengurusan tempat penginapannya pada hari yang sama dan beliau telah dirujuk ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Wanita itu kini berada di wad isolasi Hospital Permai, Johor Bahru dan dalam keadaan stabil.

Suami wanita itu yang berusia 66 tahun juga diletakkan di wad isolasi hospital yang sama dan didapati tidak bergejala. Namun, sampel calitan tekak telah diambil dan menunggu keputusan makmal.

Wanita itu dijadualkan pulang ke China pada 4 Feb dengan menaiki penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou, tetapi telah menangguhkannya kerana kurang sihat. Namun, anak lelaki dan menantunya telah pulang ke China pada tarikh tersebut.

Proses pengesanan kontak pesakit ketika beliau menginap di pusat penginapan itu sedang dilakukan.

15 kes positif itu membabitkan 11 rakyat China dan empat rakyat Malaysia.

Sebanyak 16 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.

– BERNAMA/IM/im

UTAMABERITA1 lagi kes positif di M'sia, jumlah jangkitan virus meningkat ke 15

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium