1 maut, 2 parah bas persiaran bertembung treler di Gua Musang - pakdin.my

bas persiaran bertembung treler di Gua Musang

GUA MUSANG: Seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah treler membawa air kotak bertembung dengan sebuah bas persiaran di Kilometer 39.1 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3 di sini pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu treler, Ziyamin Yusoff, 38, yang meninggal ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai pada jam 3.30 petang tadi.

Mangsa yang cedera adalah kelindan treler, Mohamad Deraman, 59, dan pemandu bas persiaran, Mohamad Adnan Salleh, 59.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika treler berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala Kuala Krai, manakala bas berkenaan pula berada di laluan bertentangan.

Beliau berkata, pemandu treler itu dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas persiaran yang tiada penumpang itu.

“Treler terbabit terbabas sebelum terjunam ke dalam cerun dengan ketinggian kira-kira 10 meter dan mengakibatkan pemandunya tersepit dan terpaksa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Pusat Kesihatan Bandar Chiku, sebelum pemandu treler dibawa ke Hospital Kuala Krai.

UTAMABERITA1 maut, 2 parah bas persiaran bertembung treler di Gua Musang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium