10 Anggota Bomba Cedera Ketika Memadam Kebakaran di Pengkalan Chepa - pakdin.my


++++++

Sepuluh anggota bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, Kelantan.

4 daripada mangsa, cedera parah, apabila disambar api sebuah tangki minyak silinder yang meletup.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 8.30 pagi.

29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Tunjung digerakkan untuk memadam kebakaran.

Operasi pemadaman pada mulanya berjalan lancar, malah kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

Namun, secara tiba-tiba  berlaku letupan daripada salah satu tangki minyak itu yang bocor, mencederakan anggota terbabit di bahagian muka, tangan dan kaki.

Empat yang parah ialah Wan Asri Wan Yaakob, Zulkifli Mahmod, Razak Abdullah dan Abdullah Din Mohamad.

Bagaimanapun, keadaan mereka dilaporkan stabil.

Punca kebakaran sedang disiasat.

UTAMABERITA10 Anggota Bomba Cedera Ketika Memadam Kebakaran di Pengkalan Chepa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium