10 maut kereta api laju Perancis tergelincir - pakdin.my

Perancis - keretapil laju-tgv-tergelincir

ECKWERSHEIM, Perancis: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah kereta api laju tergelincir dalam satu perjalanan ujian pada Sabtu, nahas pertama sejak kereta api laju TGV diperkenalkan 30 tahun lalu.

Mangsa adalah antara 49 anggota pasukan juruteknik dalam kereta api itu yang tergelincir di Strasbourg, di utara Perancis.

Tiada penumpang dalam kereta api ketika nahas. Kereta api itu bergerak pada kelajuan 350 kilometer sejam di landasan berkelajuan tinggi sebagai persediaan bagi penggunaan TGV generasi baharu yang akan mula digunakan dalam suku pertama tahun depan.

Seramai 37 orang lagi cedera termasuk 12 orang yang kritikal, kata polis sambil menambah lima yang hilang dipercayai terperangkap di bawah gerabak.

Kereta api itu terjerumus ke bawah jambatan di sebuah terusan kira-kira 40 meter lebar.

UTAMADUNIA10 maut kereta api laju Perancis tergelincir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium