Loading...
Home / :: BLOG :: / 100 ahli dari bahagian PPBM Klang pimpinan pengarah strategi dan dasar parti, Rais Hussin masuk UMNO

100 ahli dari bahagian PPBM Klang pimpinan pengarah strategi dan dasar parti, Rais Hussin masuk UMNO

Oh.. Rupanya yang keluar beramai-ramai tu dari Bahagian yang diketuai oleh pengarah strategi dan dasar parti PPBM, Datuk Rais Hussin.

Strategi Parti Cap Bunga adalah menambah keahlian UMNO.

Cari ramai ahli kemudian lompat ke Umno ? ? ?

Tak hairan lah…

*********

PETALING JAYA: Kira-kira 100 ahli PPBM Klang, bahagian yang dipengerusikan pengarah strategi dan dasar parti Datuk Rais Hussin, semalam mengumumkan menyertai Umno, sambil berkata mereka hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan.

Kumpulan diwakili ahli PPBM Klang, Mohd Hazwan Zulkifly, turut mendakwa amalan kronisme di samping menuduh pemimpin parti mementingkan diri sendiri.

“Kami yang keluar PPBM ini merupakan penggerak parti yang bertanggungjawab menjalankan kerja parti, dengan ini PPBM Klang telah lumpuh,” katanya.

Mereka juga berkata tidak puas hati dengan pengumuman Pakatan Harapan (PH) mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memegang jawatan perdana menteri sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya akan datang, di samping mempersoalkan kecekapan kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu sampah dan perumahan.

Baca seterusnya disini:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/15/100-ahli-dari-bahagian-ppbm-klang-pimpinan-rais-masuk-umno/

Loading...
(Visited 53 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

9 comments

  1. Achmad Achmad

    Min nila stategi mereka..mereka akan melihat keadaan semasa..dah lama mereka atur min…tapi terlalu awal mereka buat..skrg kita tengok siapa yang akan checkmate min..

  2. Othman Bin Abd Wahab

    Ckplah admin…dh kerja ko…nnti elaun dedak lmbat masuk…jgn ko menyalak plak…

  3. Mohamed Zuhri Amir

    Tu dlu skrg sedikit demi sedikit ramai yg dh sadar….??

  4. Alil Muhamad

    Barangkali akan lebih banyak lagi sebelum Parlimen dibubarkan. Kita tunggu dan lihat..

  5. Awang Sulong

    Yg keluar tu ibarat mangga busuk…hahaha

  6. Abdul Jalil

    Dapat hidayah petunjuk kepada orang yang bijak oleh allah swt

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...