100 ahli dari bahagian PPBM Klang pimpinan pengarah strategi dan dasar parti, Rais Hussin masuk UMNO - pakdin.my

Oh.. Rupanya yang keluar beramai-ramai tu dari Bahagian yang diketuai oleh pengarah strategi dan dasar parti PPBM, Datuk Rais Hussin.

Strategi Parti Cap Bunga adalah menambah keahlian UMNO.

Cari ramai ahli kemudian lompat ke Umno ? ? ?

Tak hairan lah…

*********

PETALING JAYA: Kira-kira 100 ahli PPBM Klang, bahagian yang dipengerusikan pengarah strategi dan dasar parti Datuk Rais Hussin, semalam mengumumkan menyertai Umno, sambil berkata mereka hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan.

Kumpulan diwakili ahli PPBM Klang, Mohd Hazwan Zulkifly, turut mendakwa amalan kronisme di samping menuduh pemimpin parti mementingkan diri sendiri.

“Kami yang keluar PPBM ini merupakan penggerak parti yang bertanggungjawab menjalankan kerja parti, dengan ini PPBM Klang telah lumpuh,” katanya.

Mereka juga berkata tidak puas hati dengan pengumuman Pakatan Harapan (PH) mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memegang jawatan perdana menteri sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya akan datang, di samping mempersoalkan kecekapan kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu sampah dan perumahan.

Baca seterusnya disini:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/15/100-ahli-dari-bahagian-ppbm-klang-pimpinan-rais-masuk-umno/

UTAMABERITA100 ahli dari bahagian PPBM Klang pimpinan pengarah strategi dan dasar parti,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium