100 Ribu Orang Membanjiri Ceramah PAS Di Kuala Besut - pakdin.my

100-Ribu-Membanjiri-Ceramah-PAS-Kuala Besut

Malam tadi di Kampung Nail dalam DUN Kuala Besut PAS telah mengadakan ceramah meganya yang diserikan dengan kehadiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin PAS yang lain.

Hadirin di majlis ini boleh tahan kehadirannya, menurut info awal yang diterima mengagarkan jumlah hadirin mencecah 100 ribu orang sehingga jalanraya kecil di sebelahnya mengalami kesesakan teruk berkilometer jauhnya.

Mendengar jumlah yang disebut terdetik dalam kepala penulis, adakah PAS sudah berjaya menceroboh kubu UMNO dan bakal menang di Peti Undi Kampung Nail?

Pada PRU-13, di peti undi tersebut BN meraih 879 undi menewaskan PAS yang hanya memperolehi 580 undi dengan kemenangan majoriti 299 undi, dengan jumlah kehadiran mencecah 100 ribu orang di ceramah PAS, agaknya berapa sangatlah undi yang BN akan dapat?.

Cuak penulis dibuatnya, mana tidaknya kalau 100 ribu orang yang datang itu bermakna hampir tiga suku dari sejumlah 140 ribu penduduk sekitar Besut teruja untuk menyuarakan sokongan kepada PAS. Peh.. cuak wei…

Untuk mengesahkan kesahihan info awal yang diterima, maka penulis dan dua orang rakan bergegas ke sana untuk melihat dengan mata kepala sendiri kemeriahan dan kehangatan kempen PAS di Kampung Nail.

Tiba di sana memang diakui jalan raya berdekatan memang sesak, sambil melilau kiri kanan penulis terpandang kedai-kedai makan berhampiran yang kelihatan ramai pengunjung di situ. Dalam hati penulis merasakan kemungkinan mereka melepaskan letih seketika akibat tak tahan bersesak dalam kumpulan orang ramai yang datang mendengar ceramah PAS.

Selepas beberapa minit mengharungi kesesakan dan berjaya menemui tempat sesuai untuk parkir kereta cepat-cepat penulis ke tempat ceramah. Sesampai di lokasi ceramah memang terbeliak biji mata penulis dan rakan-rakan melihatkan betapa ramainya pendengar ceramah PAS.

Teruja dengan suasana hangat luar biasa itu sempatlah rakan penulis snap dua tiga keping gambar sebagai bukti kehebatan ceramah PAS yang mendapat sambutan hebat penduduk Kuala Besut.

Sambil snap sana sini, kira punya kira dapatlah anggaran kasar jumlah kehadiran. Nak tahu berapa ribu orang?

Tak sampai pun 100 orang, itu pun termasuklah jentera PAS terutama dari Kelantan dan penyokong PAS yang lepak keboringan di kedai makan berdekatan. Hanya segelintir saja orang tempatan yang hadir.

Ikutkan hati penulis nak tulis 70 orang saja yang hadir sebab itu angka yang paling terdekat, tapi nampak sangat zalimnya nanti, jadi bagilah angka kasihan kira hampir 100 orang, tak gitu?

Letih Tuan Ibrahim Tuan Man membebel pasal dakwat kekal dan teori 16-16 sambil menghentam SPR, alih-alih kurang 100 orang yang terpegun khusyuk mendengar ceramahnya. Jalan raya punyalah sesak mengalahkan kehadiran 10,000 orang tapi kehadiran ciput lekat celah gigi kambing jamnapari. Perabihkan boreh je.

Parah PAS kali ni, kalau PAS dapat kekalkan tak kurang dari 6,000 undi pada PRK ini dah boleh dikira bernasib baik, tapi tengokkan gayanya silap-silap harus banyak undi PAS akan hilang.

UTAMAPILIHAN RAYA100 Ribu Orang Membanjiri Ceramah PAS Di Kuala Besut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium