32.3 C
Kuala Lumpur
Monday, March 1, 2021

1,000 Hadir Ceramah Perdana Isu Semasa Pakatan Pembangkang Hulu Selangor Di Kalumpang? #FitnahPR

ceramah-isu-semasa-pas-kawasan-hulu-selangor-kalumpang-2

Malam tadi jam 9 malam Pakatan Pembangkang Hulu Selangor telah mengadakan Ceramah Perdana Isu-isu Semasa di Padang Awam Kalumpang. Ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor dan dikelolakan oleh Pusat Khidmat DUN Hulu Bernam.

3 penceramah  hebat telah dijemput  tetapi cuma seorang yang dapat hadir. Mungkin 2 nama besar tidak hadir kerana mendapat maklumat awal program tersebut tidak mendapat sambutan.

2 penceramah, Dato’ Abu Bakar Chik dan Dato Tamrin Tun Ghaffar tidak hadir pada saat akhir walaupun kehadiran mereka telah di war-warkan pada banner program yang dipasang di segenap penjuru Hulu Selangor.

ceramah-isu-semasa-pas-kawasan-hulu-selangor-kalumpang-1

Seorang penceramah yang telah dijemput hadir, Dato’ Adnan Ibrahim bekas Pengarah Pelajaran Perak dan seoran penceramah bidan terjun, Mak Lampir @ YB Zuraida. Zuraida pernah menggemparkan Hulu Selangor dengan surat palsu fitnah beliau mengenai pendatang haram yang di beri taraf warganegara dan sebagai pengundi berdaftar.

Surat Palsu – Laporan polis terhadap YB Zuraida

 Mohamed IdrisKetua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Dato Mohamrd Idris Abu Bakar telah membuat laporan polis terhadap pihak yang telah memalsukan surat kononnya beliau meminta pihak Kementerian Dalam Negeri memberikan PR kepada warga asing bagi didaftarkan sebagai pemilih. Surat palsu berkenaan yang menggunakan kepala surat UMNO Bahagian Hulu Selangor jelas menggunakan tandatangan dan nama yang tidak […]

JPN Perjelas Isu Pengeluaran Kad Pengenalan

ZURAIDA - KETUA WANITA PKRJabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kad pengenalan palsu yang kononnya terdapat dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia turut berkata tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pengeluaran kad pengenalan kerana JPN hanya mengeluarkan kad berkenaan kepada mereka yag benar-benar layak berdasarkan peruntukan perundangan negara. […]

..

ceramah-isu-semasa-pas-kawasan-hulu-selangor-kalumpang-3Penceramah ketandusan isu dan memburukkan peribadi Perdana Menteri. Ceramah berulang-ulang berkisar mengenai Altantuya, Scorpene dan pembohongan SUARAM. Mungkin mereka menjangkakan berceramah di ‘hulu’ maka isu tersebut amat sesuai untuk diketengahkan.

Oppsss… Terlupa pula nak bagitau mengenai kehadiran pengunjung pada ceramah perdana tersebut.

Ceramah tersebut dihadiri oleh sekitar 30 orang pada jam 9:00 – 9:50 malam dan selepas jam 10:00 malam kelihatan sekumpulan pengunjung luar dari Hulu Selangor kelihatan hadir secara berkumpulan. Kehadiran kumpulan tersebut gagal untuk menambah bilangan pendengar bagi ceramah yang disebut ‘CERAMAH PERDANA’. Sehingga majlis selesai penceramah kelihatan tidak bermaya dan tidak bersemangat untuk bercakap dihadapan kira-kira 90-100 pendengar.

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.