Petisyen: Mohon YDP Agong pecat segera peguam negara yang tak layak dan mencemarkan imej negara seantero dunia - pakdin.my

BUKTI NYATA TOMMY THOMAS TELAH HILANG KELAYAKAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA!!!

KES ADIB: KEADILAN YANG HARUS DITUNTUT DARI SEMUA PIHAK

Kami, Rakyat Malaysia bersyukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Koroner hari ini yang telah memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul.

- Advertisement -

Berasaskan keputusan ini Kami, Rakyat Malaysia dengan ini mendesak beberapa perkara berikut diambil tindakan segera:
(1) Menyokong agar YDP AGONG MEMECAT Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dengan KADAR SEGERA atau Memaksa beliau MELETAKKAN JAWATAN dan MEMINTA MAAF secara TERBUKA diatas KEKHILAFAN BESAR kerana memfailkan afidavit yang berunsur SKANDAL DAN SUBJUDIS dengan mengambil posisi bahawa Adib TIDAK DIBUNUH yang jelas mendahului prosiding Inkues.

(2) Menyarankan pihak Polis mengambil tindakan segera tanpa menangguh lagi untuk mengenalpasti dan menyiasat suspek-suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian arwah Adib.

(3) Mendesak agar pihak Berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield sehingga menyebabkan kematian arwah Adib.

(4) Mendesak Exco DAP Selangor V. Ganabatirau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

(5) Mendesak 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.

Dengan ini Kami sekali lagi secara tegas mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tanpa pilih kasih supaya keadilan terhadap arwah Adib yang lama tertangguh dapat disegerakan!!!

27 September 2019
#Justice4Adib
#KeadilanBuatAdib

Tandatangan petisyen disini:
SUPPORT YDPA FIRED TOMMY THOMAS AS ATTORNEY GENERAL
https://www.change.org/p/all-malaysian-support-ydpa-fired-tommy-thomas-as-attorney-general

UTAMANASIONALPetisyen: Mohon YDP Agong pecat segera peguam negara yang tak layak dan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium