Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: kidrus@gmail.com

Sultan Ismail Petra mangkat

Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah mangkat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pagi ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah mengesahkan hal ini.

Terdahulu, Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan dalam suatu kenyataan mengumumkan jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Balai Besar di Kota Bharu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

“Jenazah Almarhum DYMM Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan kali terakhir dan dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan,” kata kenyataan itu.

Exit mobile version