Pengawal peribadi Raja Salman ditembak mati kerana pertikaian peribadi - pakdin.my

JEDDAH – Seorang pengawal peribadi Raja Salman ditembak dan maut dalam satu insiden ‘pertikaian peribadi’, menurut laporan media.

Kematian Mejer Jeneral Abdulaziz al-Fagham mengejutkan.

Ucapan takziah diucapkan oleh orang ramai menerusi laman sosial.

Punca kematian al-Fagham masih samar.

“Mejer Jeneral Abdulaziz al-Fagham, pengawal peribadi Pengawal Dua Masjid Suci, ditembak mati berikutan perselisihan peribadi di Jeddah,” mesej menerusi Twitter.

Stesen televisyen Arab Saudi juga tidak memaparkan maklumat terperinci mengenai kematian pengawal itu.

Agensi Berita Arab Saudi pula berkata, pertikaian tersebut menyaksikan seorang rakan al-Fagham menembak dan membunuhnya, serta mencederakan dua pekerja – seorang warga Arab Saudi dan seorang lagi pekerja Filipina.

Satu kejadian tembak-menembak meletus apabila pasukan keselamatan bertindak balas di sebuah rumah yang menyaksikan penembak terbunuh dan lima anggota pasukan keselamatan cedera, kata agensi berita itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi masih belum memberi kenyataan setakat ini.

…………………………

Kronologi tembakan Pengawal Pribadi Raja Salman

Lelaki bernama Mamdouh Bin Meshaal Al Ali didakwa melepaskan tembakan kearah Abdulaziz Al-Fagham, pengawal pribadi Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Kejadian berlaku pada malam Sabtu (28/9/2019) waktu tempatan. Ketika kejadian, Abdulaziz Al-Fagham mengunjungi rumah temannya, Turki bin Abdulaziz al-Sabti di Jeddah.

Ketika mereka sedang berbincang didalam rumah, tiba-tiba datang Mamdouh Bin Meshaal Al Ali yang juga merupakan teman Abdulaziz.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan, berlaku perdebatan sengit diantara Abdulaziz dan Mamdouh lalu beliau mengeluarkan senjata dan menembak secara membabi buta.

Dua orang lain yang didalam rumah itu turut cedera, tuan rumah Turki bin Abdulaziz al-Sabti dan seorang warga Filipina, Jeffrey Dalfino Sarpuz Ying.

Selesai kejadian tembakan, Mamdouh terus melarikan diri, mamun sambil berlari beliau juga melepaskan tembakan kearah polis yang berada di tempat kejadian. Lima anggota polis cedera akiat tembakan.

UTAMADUNIAPengawal peribadi Raja Salman ditembak mati kerana pertikaian peribadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium