Bangsa Melayu Perlu Tidak Mengharapkan Perlindungan Kerajaan Untuk Maju - pakdin.my

SERDANG, 29 Sept -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama sebahagian daripada kira-kira 13 ribu ahli-ahli ekonomi dan peniaga-peniaga melayu serta mahasiswa-mahasiswa menyanyikan lagu Negaraku pada majlis pelancaran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu bangsa Melayu abad ke-21, tidak sekadar berlindung di sebalik perlindungan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Sebaliknya, bangsa Melayu abad ini perlu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mencapai hasrat itu.

“Kita mesti ada keberanian dan keyakinan diri untuk kita berjaya kerana kita ada keupayaan dan kebolehan yang lebih. Inilah ciri Melayu baru abad ke-21. Melayu yang berjaya bukan kerana dilindungi oleh kerajaan tetapi Melayu yang berjaya kerana ada ilmu yang lebih, kemahiran yang lebih, kemampuan yang lebih, minda yang lebih tajam.”

Menurutnya, cabaran pada abad ke-21 amat hebat, justeru bangsa Melayu perlu bersedia menghadapi segala perubahan dan persiapan yang secukupnya.

Bangsa Melayu perlu menjalin kerjasama dengan kerajaan kerana masa depan mereka juga berkait rapat dengan untung nasib kerajaan sedia ada.

Untuk memastikan kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil hak orang lain tetapi menggunakan kuasa politik kerajaan.

Sebagai contoh, projek MRT, 43 peratus daripada projek ini diberikan kepada usahawan dan syarikat Bumiputera, tanpa mengetepikan hak kaum lain.

Datuk Seri Najib, mengesa NGO Melayu bertindak di barisan hadapan, bersungguh-sungguh dan berkesan supaya tuntutan bangsa Melayu diketengahkan dengan lebih jelas.

UTAMABERITABangsa Melayu Perlu Tidak Mengharapkan Perlindungan Kerajaan Untuk Maju

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium