back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Dagangan Ogos turun RM10.7 bilion

    Jumlah perdagangan keseluruhan bernilai RM151.8 bilion

    Malaysia mencatatkan penurunan eksport sebanyak 0.8 peratus pada bulan Ogos kepada RM81.4 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Menurut Jabatan Statistik Malaysia, penurunan eksport itu disumbang oleh kejatuhan eksport ke Hong Kong yang menguncup sebanyak RM911.5 juta, Singapura (-RM844.9 juta), Australia (-RM818.1 juta), Taiwan (-RM690.2 juta) dan Thailand (-RM382.1 juta).

    Dalam Statistik Perdagangan Luaran bagi Ogos 2019 yang diterbitkan hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, import Malaysia juga menunjukkan penurunan sebanyak 12.5 peratus kepada RM70.4 bilion pada bulan Ogos berbanding tempoh sama tahun lepas.

    Penurunan import itu adalah kebanyakannya daripada China iaitu penguncupan sebanyak RM1.9 bilion, Kesatuan Eropah (-RM1.6 bilion), Singapura (-RM1.6 bilion), Taiwan (-RM1.4 bilion) dan Arab Saudi (-RM942.1 juta).

    Jumlah perdagangan keseluruhan bernilai RM151.8 bilion, merosot 10.7 bilion atau 6.6 peratus berbanding Ogos 2018.

    Ini berikutan penyusutan eksport dalam produk-produk utama seperti elektrik dan elektronik (E&E), minyak mentah dan gas asli cecair.

    Bagaimanapun, Malaysia merekodkan peningkatan dalam eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, produk-produk petroleum ditapis, balak dan produk bersumberkan balak dan gas asli.-

    Lebihan dagangan Malaysia dijangka mengecil pada Ogos
    https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/09/479015/lebihan-dagangan-malaysia-dijangka-mengecil-pada-ogos

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Dagangan Ogos turun RM10.7 bilion

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)