UtamaNASIONALMelayu Perlu Menggunakan Kuasa...

Melayu Perlu Menggunakan Kuasa Politik Daripada Kerajaan Sedia Ada - pakdin.my

NAJIB bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Pelancaran MTEM di Serdang, malam tadi

Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada. Jika ingin jadi bangsa bermaruah, disegani dan dihormati, mereka (Melayu) tidak boleh berselindung di balik perlindungan kerajaan tetapi perlu ada keberanian, keyakinan diri dan keupayaan yang lebih. – Najib Razak, Perdana Menteri

MTEM platform galak pembangunan, transformasi ekonomi Bumiputera

SERDANG: Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) gabungan 63 badan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu dalam usaha memartabatkan ekonomi orang Melayu pada abad 21.

 Majlis pelancaran gabungan NGO Melayu yang pertama seumpamanya disaksikan kira-kira 13,000 ahli NGO berkenaan di Dewan Utama Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi MTEM, Syed Ali Alattas.
 Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan, sudah sampai masanya NGO Melayu bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh dan berkesan supaya tuntutan mereka dapat diketengahkan dengan lebih baik.

Katanya, NGO Melayu tidak boleh bergantung kepada kerajaan tetapi sebagai individu dan NGO, mereka perlu bangkit menjadi barisan hadapan untuk menuntut perubahan.

“Saya mahu Melayu abad ke-21 bekerjasama dengan kerajaan kerana masa depan orang Melayu berkait rapat dengan untung nasib kerajaan hari ini. Jika ingin bergantung harap orang Melayu boleh bergantung dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

“Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada.

“Sebagai contoh apabila kerajaan memutuskan Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT) Lembah Klang, kita putuskan 43 peratus daripada projek ini kita berikan kepada usahawan Melayu dan Bumiputera, ” katanya.

Perdana Menteri berkata, Melayu abad ke-21 tidak perlu terus selamanya berselindung di sebalik kerajaan tetapi perlu ada keyakinan dan keberanian untuk berjaya.

“Jika ingin jadi bangsa bermaruah, disegani dan dihormati, mereka (Melayu) tidak boleh berselindung di balik perlindungan kerajaan tetapi perlu ada keberanian, keyakinan diri dan keupayaan yang lebih.

“Ini adalah ciri Melayu abad ke-21 yang berjaya kerana ilmu, kemampuan dan minda yang lebih,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali berkata, MTEM bukan hanya menjadi badan pemantau dan pengimbang malah akan menjadi badan yang lebih konstruktif sebagai rakan dalam pembangunan negara.

Katanya, MTEM mampu memberi kesan yang mendalam kepada ekonomi masyarakat Melayu sekali gus menyelesaikan masalah pelebaran jurang ekonomi yang semakin ketara hari ini.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s