UtamaEKONOMIHarga getah jatuh 10...

Harga getah jatuh 10 peratus pada suku ketiga 2019 - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Harga getah Standard Malaysian Rubber (SMR20) menurun sebanyak 10 peratus kepada RM5.59 sekilogram pada suku ketiga 2019.

Ini didorong oleh penyusutan permintaan akibat pertumbuhan lemah ekonomi China susulan perang perdagangan di antara negara tersebut dan Amerika Syarikat yang masih berlanjutan.

Lembaga Getah Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, penurunan berterusan harga getah di pasaran dunia pada awal Oktober tahun ini dipengaruhi oleh sentimen negatif di pasaran China yang merupakan pengguna getah asli terbesar dunia.

“Sepertimana dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini, sebuah syarikat pedagang utama di China yang mengimport sebanyak 1.6 juta tan getah setahun dari negara- negara pengeluar utama getah telah memberhentikan pembelian getah dan juga menamatkan kesemua kontrak perdagangan getah yang masih belum dilaksanakan.

“Situasi ini memberi kesan kepada pasaran getah dunia termasuk Malaysia di mana harga getah SMR 20 jatuh ke paras terendah pada tahun 2019 iaitu RM5.16 sekilogram pada 4 Oktober 2019,” katanya.

Prihatin terhadap situasi semasa ini, kerajaan melalui LGM akan terus memastikan kebajikan para pekebun kecil melalui pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

IPG katanya, akan memastikan harga getah yang diterima oleh para pekebun kecil di peringkat ladang tidak terjejas oleh penurunan harga di pasaran dunia.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia terus bekerjasama dengan negara-negara pengeluar utama getah iaitu Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) bagi menangani kejatuhan harga getah yang berpanjangan melalui langkah- langkah seperti Skim Pengurusan Bekalan (Supply Management Scheme), Skim Menggalakkan Permintaan (Demand Promotion Scheme) serta Skim Kuota Pengeksportan (Agreed Export Tonnage Scheme).

Menurut LGM, prestasi harga getah pada separuh tahun pertama 2019 menunjukkan aliran peningkatan di mana harga getah gred SMR 20 meningkat sebanyak 9.5 peratus kepada RM6.21 sekilogram pada suku tahun kedua berbanding suku tahun pertama 2019 iaitu RM5.67 sekilogram.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s