[Video] Lim Guan Eng perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dalam sesi Ini - pakdin.my

Hari ini di dalam Sidang Dewan Rakyat Penggal ke-2 Parlimen 14, saya memohon jaminan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat bahawa usul untuk menimbang semula keputusan Yang Di-Pertua menolak usul persendirian saya untuk merujuk Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan serius terhadap kerajaan BN dibahaskan dalam minggu ini atau dalam sesi kali ini.

Jaminan itu diperlukan kerana bimbang usul tersebut tidak dapat dibahaskan kerana Speaker pasti akan mendahulukan urusan kerajaan seperti Rang Undang-Undang dan usul pihak kerajaan.

Lim Guan Eng perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana tuduhan dan fitnah yang serius kepada kerajaan BN iaitu:

1. Angkara kerajaan BN yang rakus dan rasuah.

2. Wang rakyat dirompak

3. Satu penghinaan kepada negara.

Lim Guan Eng menuduh kerajaan BN merompak wang bayaran balik GST sejumlah 19.4 Bilion ringgit dan merujuk kepada laporan PAC jelas menunjukkan tuduhan tersebut merupakan fitnah

Namun Speaker masih belum dapat memberikan jaminan. Cuma minta tunggu dan lihat.

LIHAT video
https://youtu.be/JVLMG2dZPpU

Dato Seri Ismail Sabri
https://dsismailsabri.com/dari-dewan-rakyat-7-okt-2019/

UTAMABERITA Lim Guan Eng perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium