Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALKerajaan Mahu Lihat Kesungguhan...

Kerajaan Mahu Lihat Kesungguhan PAS Laksana Hukum Hudud - pakdin.my

Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan PAS melaksanakan hukum Hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata niat melaksanakan Hudud itu sudah lama dicanang oleh parti PAS di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.

“Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita Hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Najib menafikan bahawa beliau ada menyebut soal menghapuskan kuota Bumiputera dalam perniagaan seperti didakwa beberapa blog danportal berita baru-baru ini.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak didengari dengan jelas, beliau menegaskan apa yang disebut hanyalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

“Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga Bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain, tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan,” katanya.

Mengenai Pengarah filem Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee, beliau berkata Namewee dan beberapa pihak tertentu yang dikatakan menyokong Gagasan 1Malaysia perlu terus menyokongnya melalui kreativiti mereka tersendiri.

“Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.

“Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,” katanya.

Mengulas beberapa video yang dihasilkan oleh Namewee yang dikatakan menimbulkan kontroversi, Najib berkata Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri. “Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,” kata Najib.

Namewee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari sebuah universiti di Taiwan menjadi pengarah untuk filem Nasi Lemak 2.0 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838