Nama Shah Alam, tinggal di Shah Alam dan kerja pun di Shah Alam - pakdin.my

Nama saya Shah Alam, tinggal Shah Alam, kerja Shah Alam

Apa perasaan anda jika bekerja di sebuah tempat atau daerah yang memiliki nama sama dengan anda?

Bunyinya kedengaran pelik, tapi hal itulah yang dialami Shah Alam, yang bekerja di sebuah stesen minyak di Batu Tiga, Shah Alam.

Tular di media sosial, pengguna memuat naik klip video pertemuannya yang melucukan bersama Shah Alam, baru-baru ini.

“Nama saya Shah Alam, tinggal Shah Alam, kerja Shah Alam,” kata lelaki warga Bangladesh di Twitter milik Azrul Iman Faiss.

“Di tempat saya, nama ini biasa untuk orang Muslim.”

Klip itu menyaksikan Shah Alam tekun membersihkan cermin kereta Azrul Dan ia ditonton lebih 140,000 kali, malah dikongsi sekitar 9,500 warga maya.

Memakai baju seragam kerja warna hijau, di kiri dadanya tertera tanda nama Shah Alam.

Rata-rata pengguna memuji Shah Alam kerana melayan pelanggan dengan mesra, malah mampu menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Nama Shah Alam, duduk di Shah
Alam dan kerja pun di Shah Alam

LIHAT video
https://youtu.be/yJJZvHsIDmI

UTAMAGAYA HIDUPNama Shah Alam, tinggal di Shah Alam dan kerja pun di Shah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium