UtamaNASIONALPolis tahan ejen pelancongan,...

Polis tahan ejen pelancongan, KT Vasagam kerana hina Islam - pakdin.my

Polis semalam menahan seorang ejen pelancongan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohammed berkata suspek tersebut ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

“Tangkapan dilakukan susulan lapan laporan polis yang dilakukan ke atas pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘KT Vasagam’,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Katanya lelaki tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki terbabit hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.

Lelaki terbabit dikatakan memuat naik gambar khinzir dengan cop halal dalam tulisan jawi di laman Facebook, Isnin lalu.

Dalam kes berasingan, Huzir berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan seorang juruteknik yang disyaki menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di akaun Twitter.

Huzir berkata pemilik Twitter yang menggunakan nama Naavin Pillai itu sekarang dikesan berada di luar negara.

“Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat dan latar belakang lelaki terbabit dan ahli keluarganya hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta beberapa jabatan lain.

“Dia berusia 38 tahun dan berasal dari Lembah Klang serta pernah bekerja sebagai juruteknik sebelum meninggalkan negara. Kami akan minta bantuan daripada Interpol sekiranya dia masih di luar negara dan akan mengambil tindakan di mana sahaja dia berada,” katanya lagi.

Selain membuat ciapan yang berbentuk penghinaan terhadap Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, individu itu juga dikatakan telah membalas ciapan Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelek dalam bahasa Inggeris. — Bernama

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...