Makruh jadi haram minum susu isteri orang, kata PU Azman - pakdin.my

Suami yang meminum susu isteri tidak menjadikannya status anak susuan

Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias mengingatkan makruh meminum susu badan isteri.

Azman, 37, berkata hukum berkenaan menjadi haram apabila susu yang diminum bukan dari susu badan isteri sendiri. 

“Ulama mengatakan makruh kalau suami minum susu isteri dengan sengaja. Suami kena faham, susu itu hak anak.

“Eh tetapi jangan salah faham ya. Yang makruh itu bini sendiri tahu. Bukan bini orang. Yang itu haram jadah.

“Susu Dutch Lady kan ada? Tolonglah jangan berebut dengan anak,” coretnya di Instagram hari ini.

Sementara itu, Azman berkata suami yang meminum susu isteri tidak menjadikannya status anak susuan.

Katanya, ulama juga membenarkan jika susu ibu digunakan untuk rawatan. 

“Jangan bimbang, suami yang minum susu isteri tidak akan menjadikan suami itu anak susuan yang mengharamkan hubungan kelaminnya dengan isteri. 

“Sebab syarat anak susuan tidak berlaku. Suami sudah tua bangka.

“Ulama mengatakan, boleh kalau suami guna susu isteri untuk rawatan. Ini yang dinyatakan oleh ulama besar Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah,” katanya. 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMakruh jadi haram minum susu isteri orang, kata PU Azman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium