Peniaga India ketepi Malaysia, pilih minyak sawit Indonesia - pakdin.my

Ia susulan kenyataan yang Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung situasi di Kashmir

INDIA: Para peniaga di India mengenepikan import minyak sawit Malaysia dan beralih kepada Indonesia.

Ia susulan kenyataan yang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung situasi di Kashmir.

Sekurang-kurangnya tiga pengimport berkata, ketidaktentuan dalam hubungan dua hala menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan alternatif.

Manakala seorang sumber kerajaan yang mengendalikan perdagangan India dengan Asia Tenggara berkata, setakat ini masih tiada kenyataan rasmi berhubung sekatan import lagi.

“Apa sahaja boleh berlaku. Mungkin ada beberapa sekatan yang akan dikenakan,” katanya yang tidk mahu dinamakan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

Pengarah Eksekutif kumpulan pelobi, Solvent Extractors Association of India yang mewakili lebih daripada 875 perniagaan dengan kapasiti pemprosesan minyak sebanyak 30 juta tan berkata, kerajaan India sangat kecewa dengan apa yang pegawai-pegawainya lihat sebagai satu komen yang teruk daripada Malaysia.

Mereka mungkin akan mengambil tindakan balas “tetapi apakah jenis tindakan tersebut masih belum jelas.”

“Jadi, bagi menjaga kepentingan perniagaan, kebanyakan penapis dan pengimport beralih daripada membeli dari Malaysia ke Indonesia.

“Lagi pula, harga minyak sawit dari Indonesia adalah sama (dengan Malaysia),” katanya. – MalaysiaGazette

UTAMAEKONOMIPeniaga India ketepi Malaysia, pilih minyak sawit Indonesia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium