UtamaNASIONALPM Bentang Usul Mansuh...

PM Bentang Usul Mansuh Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan usul pemansuhan Akta Kediaman Terhad (1933) dan Akta Buang Negeri (1959) di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertamakira-kira pukul 11.45 pagi Isnin.

Pemansuhan kedua-dua akta berkenaan merupakan siri reformasi politikyang diumumkan Najib pada 15 September lalu.

——————-

Akta Baru Gantikan ISA Beri Imbangan Hak Asasi Dan Kebebasan Sivil – Najib

 KUALA LUMPUR, 3 Okt  — Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

“Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk batalkan ISA dan diganti dengan dua akta baru. Akta baru ini akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, civil liberties dan jaga keamanan awam,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA dan jaminan Perdana Menteri untuk memastikan jentera kerajaan dan perkhidmatan awam memberikan kerjasama kepada pemansuhan ISA.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) sama ada kerajaan bersedia menggunakan Akta Pemansuhan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Pembangkang, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan proses penggubalan dua akta baru itu tidak lama lagi.

“Saya harap pembangkang jangan cuba ambil nama daripada langkah ini. Sebenarnya lembu punya susu tapi jangan ambil nama.

“Kita sudah umumkan perkara ini sejak 2009 lagi. Pemansuhan ISA ini bukan atas desakan Pakatan Rakyat tapi kehendak kerajaan BN sendiri. Jadualnya kita akan beritahu nanti sebab ada beberapa perkara yang harus dilakukan termasuk menggubal dua undang-undang yang baru dan proses konsultasi dengan beberapa pihak tertentu yang mewakili rakyat ramai,” kata Najib.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal Nanta mengenai strategi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat negara ini, Najib berkata Gagasan 1Malaysia merupakan landasan penting dan tonggak utama kerajaan dalam usaha mengekalkan perpaduan erat di kalangan rakyat.

Katanya prinsip Gagasan 1Malaysia diterapkan dalam setiap inisiatif dan program kerajaan yang benar-benar mengambil kira hasrat dan keperluan rakyat.

“Bagi memupuk perpaduan, program menggalakkan integrasi telah dan akan terus dilaksanakan seperti sukan, program belia, Khidmat Negara dan di universiti, kursus hubungan etnik diwajibkan untuk semua penuntut.

“Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama (JMKPA) juga telah ditubuhkan sejak awal 2010 untuk merunding isu antara agama melalui mekanisme perundingan, dialog dan menyelesaikan isu-isu antara agama dan penganut agama,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s