Polis sergah tengah berasmara, kereta pelajar terbabas masuk longkang - pakdin.my

BUTTERWORTH — Dua pelajar sebuah pusat latihan kemahiran yang juga pasangan kekasih ditahan kerana melarikan diri daripada pemeriksaan polis sehingga melanggar sebuah motosikal sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, lelaki berumur 19 tahun memandu kereta jenis Perodua Bezza berkenaan sedang berdua-duaan dengan kekasihnya berumur 25 tahun di dalam kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan lebuh raya tersebut.

“Kereta polis unit rondaan (MPV) yang sedang meronda di kawasan itu berhenti di belakang kenderaan mereka sebelum seorang anggota polis turun dan mengetuk cermin Proton Bezza tersebut untuk membuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berada di bahagian tempat duduk pemandu terkejut dengan kehadiran anggota polis itu dan terus bertindak melarikan diri dengan memecut laju keretanya sebelum MPV polis mengejar kenderaan tersebut.

UTAMABERITAPolis sergah tengah berasmara, kereta pelajar terbabas masuk longkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium