back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Ahli parlimen Nibong Tebal rebah ketika berbahas di Dewan Rakyat [VIDEO]

    Sesi perbahasan Dewan Rakyat petang ini dihentikan sebentar susulan Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman rebah semasa sedang berbahas.

    Beliau sebelum itu dilihat terhenti seketika ketika berucap, kelihatan terhoyong-hayang dan rebah, namun sempat disambut oleh Ahli Parlimen Subang Jaya Wong Chen.

    Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh yang berada di bahagian belakang Mansor turut meluru bagi membantu ahli Parlimen berkenaan.

    Melihat keadaan itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming, meminta pasukan perubatan yang berada di luar dewan supaya masuk untuk membantu memberikan rawatan awal.

    Nga kemudian turut menangguhkan persidangan Dewan Rakyat lebih kurang lima minit.

    Mansor dilaporkan sedar dan dipapah keluar dewan kira-kira 10 minit selepas diberikan rawatan awal itu.  — Bernama

    LIHAT video

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend