UtamaGAYA HIDUPAGAMAJin Islam atau kafir,...

Jin Islam atau kafir, manusia ditegah guna khidmatnya! Kenali 10 ciri bomoh guna jin - pakdin.my

Umumnya apabila saya memberikan kuliah beberapa hari ni berkenaan dengan jin, ramai di antara jemaah walaupun mereka orang masjid dan surau tetapi sangat takut dengan jin.

Dalam erti kata mereka takut terserempak, takut diganggu. Tambahan lagi pelajar-pelajar sekolah sebab mereka dari kecil dihidangkan dengan cerita dan filem-filem hantu yang menyeramkan.

Apabila disebut syaitan mereka tak berapa takut tetapi bila sebut jin mereka mula takut.

Apa beza jin dan syaitan?

Sebenarnya jin kafir dan jahat itu adalah syaitan dan manakala jin yang baik adalah kemungkinan jin Islam. Saya cakap mungkin sebab jin Islam pun ada yang buat dosa juga seperti berkawan dengan manusia yang memang dilarang menggunakan khidmat jin. Jin Islam pun ada juga yang merasuk mengganggu dalam badan manusia.

Allah berfirman dan merakamkan kata-kata nasihat ketua jin kepada masyarakat jin setelah makhluk itu beriman dengan Allah selepas mendengar ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh nabi Muhammad SAW.

“Dan bahawa sesungguhnya (adalah amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan itu bertambah sombong dan jahat.” – [Al-Jin:6]

Maka manusia memang ditegah menggunakan khidmat jin samada jin samada jin Islam apatah jin kafir atau syaitan.

Kebanyakan masyarakat kita pula, mereka akan mendapatkan para bomoh atau dukun atau pawang yang menggunakan khidmat jin. Tapi ada yang sering bercakap; “Bomoh baik ni, suka tolong orang,” Itu pun tidak dibenarkan dalam Islam kerana menggunakan khidmat jin.

Kenapa tak dibenarkan menggunakan khidmat jin?

Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa menyekutukan sesuatu denganNya, dan mengampunkan dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.” – [An-Nisa:116].

Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa itu?

Sabda baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita suci beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina – [HR Bukhari].

Sabda nabi SAW lagi: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam – [HR Muslim].

Ulama bersepakat bahawa mepelajari sihir, mengajar serta mempraktikannya adalah haram. Hatta berjumpa bomoh untuk mengubati sihir pun hukumnya adalah haram.

Kenapa haram? Sebabnya perbuatan tersebut membawa kepada pergantungan kepada selain Allah iaitu jin syaitan yang membawa kepada syirik kepada Allah! Nauzubillah!

Tapi macamana nak tahu bomoh yang menggunakan khidmat jin?

Berikut ini ciri-ciri bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang menggunakan jin

1. Kalau kita jumpa bomoh selalunya dia sudah tahu niat kita datang nak jumpa dia. Aik! macamana bomoh boleh tahu tujuan kita nak jumpa dia. Huh! Hebatnya? Sebenarnya jin yang mendampingi bomoh tadi telah bercakap dengan qarin kita. Kalau kita ke klinik, doktor tak tahu apa sakit kita sehinggalah dia periksa tanda-tanda kesakitan di badan kita. Ini pula… belum cakap pun sudah tahu.

2. Selalunya bomoh akan tanya nama kita dan nama ibu kandung kita.

3. Mereka akan suruh kita bawa limau nipis, telur, bunga, buah-buahan, haiwan tertentu dan sebagainya.

4. Mereka mengetahui perkara ghaib yang telah berlaku atau akan berlaku. Daripada mana dia tahu? Tentulah daripada jinnya.

5. Bomoh akan menunjukkan kehebatannya mempunyai kekuatan ghaib seperti katanya, “siapa yang datang sini ada niat tak elok tak jumpa jalan keluar dari kampung ni!”

6. Ada jugak bomoh yang akan menuliskan sesuatu atas kertas dan membakarnya lalu dihirupkan asapnya.

7. Kononnya mengetahui perkara ghaib tentang keberadaan makhluk ghaib, boleh melihat jin dan menangkap jin. Sebenarnya manusia tidak boleh melihat jin dalam bentuk asal kecuali nabi SAW. Kita boleh melihat jin apabila dia menjelma seperti ular, kala jengking, puntianak, pocong dan sebagainya.

8.Bomoh menyarankan untuk mengamalkan amalan menyalahi sunah yang tak pernah diamalkan oleh nabi SAW atau membaca mantera yang tidak jelas maknanya, membaca potongan ayat Quran yang ditambah atau diubah ayat dan sebagainya seperti tulisan ayat Quran terbalik sebagai pelaris di kedai-kedai.

Satu penghinaan kepada kalam Allah! Sebenarnya, ada sekumpulan jin yang menjaga bentuk pelaris itu dan makhluk tersebut akan ludah, kencing dalam makanan yang menggunakan pelaris dan kita tersihir.

9. Bomoh menggunakan barang-barang yang pelik-pelik seperti sawat buaya, gigi harimau dan sebagainya.

10. Menggunakan tangkal, azimat, batu akik, pusaka, benda-benda keramat dan selainnya.

Sila kongsikan artikel ini dan sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada [email protected] Untuk lebih info boleh layari YouTube ustaz coopers. Wallahua’lam.

Sila kongsikan artikel ini dan anda boleh melawat ke YouTube saya Ustaz Coopers.

***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...