Pos kawalan PGA Padang Besar diserang mercun roket - pakdin.my

PADANG BESAR ― Kawasan pos kawalan 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) berhampiran pagar sempadan di sini, diserang sekumpulan dipercayai warga Thailand, menggunakan mercun roket pagi semalam.

Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Perak SAC Abdul Ghani Mohamad Ji dalam satu kenyataan semalam berkata, pos kawalan berkenaan diserang kira-kira 11.20 pagi dengan empat das.

Beliau berkata satu tembakan berkenaan mengenai cermin lalu pecah dan satu lagi turut mengenai dinding pos berkenaan.

“Ketika pasukan PGA sedang membuat benteng pertahanan, mereka dikejutkan sekali dengan dua das mercun roket yang dihalakan ke arah mereka kira-kira 12.40 tengah hari tadi. Namun, tiada anggota yang cedera dalam kejadian tersebut,” katanya.

Abdul Ghani berkata serangan berkenaan dipercayai untuk menakutkan anggota PGA berikutan kejayaan mereka menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara itu.

Menurutnya, pihak berkuasa Thailand juga telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat. ― Bernama

UTAMABERITAPos kawalan PGA Padang Besar diserang mercun roket

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium