Sokongan pengundi Cina kepada BN meningkat – Ahmad Maslan - pakdin.my

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis dengan menyatakan pengundi Cina di Tanjung Piai akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, ia berikutan sentimen penolakan peniaga-peniaga Cina yang terkesan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Pada saya sokongan masyarakat Cina bertambah kepada BN ketika ini sebab peniaga mendakwa perniagaan mereka merosot dalam era pentadbiran PH,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, langkah BN untuk tidak mengumumkan calon pada majlis pelancaran jentera semalam adalah sebahagian daripada strategi.

“Umum calon ini bila-bila masa pun boleh asalkan sebelum hari penamaan. Jadi tarikh itu terpulang kepada strategi BN untuk umum.

“Semalam kalau kita lihat di latar belakang yang disediakan di majlis tu adalah pelancaran jentera PRK Tanjung Piai. Tidak ada sebut pun umum nama calon. Jadi itu strategi kami,” katanya lagi.

Di Pontian semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya melancarkan jentera PRK tanpa menyebut nama calon untuk pilihan raya kawasan itu yang akan diadakan pada 16 November depan.

Ia dibuat selepas PH menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon mereka bagi mempertahankan kerusi itu.

PH mengetengahkan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon mereka.

Untuk rekod, BN akan mengumumkan calon mereka esok menerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad. 

UTAMAPILIHAN RAYASokongan pengundi Cina kepada BN meningkat - Ahmad Maslan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium