UtamaNASIONALHilang Keyakinan, Penyokong Tegar...

Hilang Keyakinan, Penyokong Tegar Pas Isytihar Keluar Parti - pakdin.my

TANAH MERAH 5 Okt. – Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan di sini, malam tadi.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

“Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

“Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO,” katanya.

Mohamad turut menyeru rakan-rakannya yang masih menjadi penyokong Pas supaya membuat penilaian dengan waras untuk memberi sepenuh sokongan kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, mengambil kira tempoh lebih dua dekad negeri ini ditadbir oleh Pas, tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan rakyat.

Bagi Che Roslan Li, 43, pula, dia mengambil keputusan menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan pimpinan Pas di sini yang didakwa kurang memberi perhatian kepada rakyat terutama golongan muda.

“Hendak lihat wakil rakyat pun susah. Jarang sekali boleh tengok datang tanya khabar situasi atau perkembangan rakyat kecuali saat hendak dekat pilihan raya,” dakwanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...