Surat terbuka buat Wardina - pakdin.my

Wardina Mentot telah upload Insta Story sambil menyeru followers nya melawan serangan netizen yang marah kepada beliau.

Wardina kata dia kecewa kerana dia hanya menyokong Dr Maszlee dan PH dan itu adalah merupakan hak dirinya yang dijamin perlembagaan. 😂

Apa berlaku sekarang di Malaysia dia tak ambik pot pun. Malah dia siap berpura-pura tak tau sekarang ni sedang ada PRK di Tanjung Piai. 🤦🏼‍♂️

Pertamanya Wardina kena sedar yang dia bukan setakat menyokong PH. Dia BERKEMPEN untuk PH. Malah videonya menyokong Maszlee Mentot dan kenyataan-kenyataannya menyokong PH dimuat naik di media sosial dan secara terbuka dia menyeru rakyat menjatuhkan BN!

Ini lah sebabnya rakyat marah kerana setelah negara lingkup macam sekarang, dia sedap-sedap pi duduk di Australia sedangkan rakyat yang tertipu dengan janji-janji palsu PH sengsara.

Kedua, Wardina kata dia sedih kerana syarikat tudung milik kawannya Dinty Dianty telah diserang netizen sehingga terpaksa menutup page. Wardina kata dia kesian rakannya itu menjadi mangsa sedangkan dia warga Singapura yang langsung takde kaitan dengan politik Malaysia.

Wahai Wardina…kamu kasihankan seorang warga Singapura hanya kerana dia rakan kamu, tetapi bagaimana pula nasib para peneroka, nelayan, petani, pesawah, pekebun WARGA MALAYSIA yang kini hidup sengsara dek undi tangan-tangan celaka yang telah menaikkan PH seperti kamu? Kamu tak kasihan? Harga komoditi seperti sawit semakin tiada nilai, tiada lagi bantuan dan mereka terpaksa menderita!

Kamu risaukan perniagaan rakan kamu dari Singapura yang terlibat dalam dunia fesyen dan ikatan tudung, sedangkan rakyat miskin Malaysia yang menjadi mangsa politik PH tiada masa untuk memikirkan tentang fesyen dan terpaksa mengikat perut!

Kritik dan bersuaralah Wardina. Hentam pula PH! Kamu hentam sebuah kerajaan yang begitu membantu rakyat dan cemerlang pengurusan ekonominya sebelum ini tetapi kamu berdiam terhadap KERAjaan PH kamu yang semakin menjerumuskan negara ke lembah kehancuran? Kamu bodoh atau kamu gila?

Janganlah beri alasan bengong kononnya kamu di Australia sedang buat thesis dan tak ambil peduli tentang Malaysia. Itu sikap keji yang langsung tak bertanggungjawab!

Kalau anda bodoh bab ekonomi pun, takkan bab Islam yang terancam dan teruji di Malaysia sekarang anda tak nampak?
Mustahil tak nampak. Guru kamu Dr Maza, Rora pun dah tak tahan. 🤣

Akhir sekali, kesimpulan dari insta Story Wardina yang Nabeel dapat adalah, tudung boleh digunakan untuk mengesat air mata.

Pepatah Inggeris ada mengatakan, “You reap what you sow.” (Anda tuai apa yang anda semai)

Jangan harap rakyat dapat memaafkan dan melupakan angkara kamu berkempen untuk sebuah KERAjaan munafik yang telah memungkiri janji dan menipu rakyat!

Anda kata anda menyanjung demokrasi bukan?
Hormatilah pula kebebasan bersuara dan meluahkan perasaan oleh rakyat kepada anda.

Democracy works both ways. Not just unilateral.

Link berita: https://ttkm.com.my/2019/11/03/ditroll-netizen-wardina-menangis/amp/

Link instagram wardina mentot yang anytime akan arwah gak: https://www.instagram.com/wardinasafiyyahofficial 😝

Oleh Nabeel Naqie

UTAMAGAYA HIDUPSurat terbuka buat Wardina

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium