Kereta dipandu remaja 16 tahun terlibat kemalangan – botol air ketum ditemui dalam kereta - pakdin.my

USIANYA baru 16 tahun namun sudah berani memandu kereta sendirian sebelum terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda di Kilometer 31, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai dekat Tok Kaya, Machang hari ini.

Lebih mengejutkan, sebotol cecair dipercayai air ketum turut ditemui di tempat duduk penumpang belakang kereta yang dipandu pelajar terbabit.

Pelajar dan pemandu Mitsubishi Triton berusia 32 tahun itu tidak cedera dalam kejadian 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, sebelum kejadian, kenderaan pacuan empat roda dipandu petani dari arah Machang menghala ke Kota Bharu.

“Apabila tiba di lokasi, Proton Persona yang dipandu pelajar dari arah Kota Bharu menghala Kuala Krai secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu pacuan empat roda tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran sebelum kenderaannya berpusing dan terbalik.

“Kedua-dua mangsa tidak cedera dan hanya kenderaan mereka saja mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati remaja itu mengaku memandu dalam keadaan mengantuk.

“Ujian air kencing mendapati pelajar itu positif dadah methampetamine dan kita dapati dia juga tiada lesen memandu.

“Kita akan jalankan siasatan berhubung pemilik sebenar kereta itu dan penemuan air ketum selepas permohonan reman dibuat esok,” katanya.

UTAMABERITAKereta dipandu remaja 16 tahun terlibat kemalangan - botol air ketum ditemui...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium