Bajet 2012: Tiga Berita Gembira Untuk Penjawat Awam - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan tiga berita gembira untuk penjawat awam iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

“Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

UTAMABERITABajet 2012: Tiga Berita Gembira Untuk Penjawat Awam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium