Dalam sidang media yang sama Mahathir sebelummya mencela pemimpin UMNO yang berjumpa Azmin Ali bagi menyatakan sokongan kepada beliau (Mahathir)
BACA sini: Pemimpin UMNO yang berjumpa Azmin memberi sokongan kepada Mahathir dicela
Selepas itu Dr Mahathir bercakao pula mengenai Hitler yang tidak jelas ditujukan kepada Anwar? atau DAP? atau semua orang tidak baik, hanya dia sahaja yang baik. Kita boleh jangka niat sebenar adalah untuk meletakkan diri beliau sebagai pemimpin yang baik (kononnya) untuk mendapatkan simpati rakyat akibat kehilangan sokongan yang ketara dalam Pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Apabila penipu bersuara, masih ada yang mahu percaya ?
……………
Hati-hati, jangan pilih ‘Hitler’, pesan Dr M pada rakyat
BANGI: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat supaya berhati-hati memilih pemimpin, mengajak kita belajar daripada kesilapan Jerman memilih seseorang bernama Adolf Hitler untuk memimpin mereka.
Katanya, Hitler membawa bangsa Jerman, yang terkenal dengan pencapaian dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran, kepada kemusnahan.
Katanya, bangsa bertamadun tinggi itu kalah teruk kerana mengikut pemimpin yang mengajak kepada kerosakan.
“Masyarakat perlukan kepimpinan. Jika tidak, masyarakat akan hilang haluan. sebab itu kita perlu menentukan kepimpinan yang terbaik mungkin, kerana kesan kepimpinan ini amat besar,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.
Hitler bangkit dalam politik Jerman menerusi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional, sebuah parti yang menolak kerajaan demokrasi dan memperjuangkan semangat kebangsaan yang melampau.
Pemerintahannya dikenali dengan Perang Dunia ke-2 dan penghapusan bangsa.
Mahathir sebaliknya mengajak rakyat melihat kepada Raja Rusia, Peter I yang memimpin bangsanya kepada kemajuan dalam segala bidang hingga Rusia menjadi kuasa dunia.
“Demikian peranan pemimpin baik, baik pemimpin maka berjayalah masyarakat. Buruk pemimpin maka rosaklah masyarakat,” katanya.
Kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin masyarakat, Mahathir berpesan supaya berwaspada dengan emosi dan nafsu kerana kesannya pada kelakuan.
“Sebab itu ada pemimpin berjaya dan gagal, ada pemimpin yang berjaya dan gagal. Ada pemimpin yang diberikan kuasa menyalahgunakan kuasa, sebab itu mereka dikenakan tindakan kerana kesalahan dilakukan mereka,” katanya. – FMT