Pilihan Raya Umum Ke-13 Semakin Hampir - pakdin.my

Gendang pilihan raya umum ke-13 semakin jelas kedengaran dan gemanya sudah dapat dirasai ketika ini.

Justeru ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada semua ahli Barisan Nasional, BN supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan parti sebaliknya kesepakatan dan perpaduan dalam parti itu sangat penting bagi memastikan kemenangan besar berpihak kepada BN.

Selepas sehari di Selangor semalam, fokus Datuk Seri Najib hari ini ke Wilayah Persekutuan.

Majlis Penerangan Perdana – itu agenda yang mengambil tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Ia majlis keenam selepas beberapa siri Majlis Penerangan Perdana sebelum ini termasuk di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Perak pula tuan rumah pada minggu depan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
“Kita mengadakan majlis ini kerana musim sudah sampai, gendang pilihanraya dipalu oleh BN dan gemanya sudah dapat dirasai. Dengan ini bererti bahawa persediaan kita tahap kesiapsiaga bertambah lebih mantap kerana nak turun medan perang maka semua ahli BN perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang.”

Kesiapsagaan yang dimaksudkan Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN, juga mencakupi nasihat – elak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana rasa tidak puas hati.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI
“Paling penting kita jangan mencipta masalah, don’t create problems, bahasa mudah – jangan buat masalah. Ini adalah kerana asas kita, kekuatan adalah anggota kita.”

UTAMABERITAPilihan Raya Umum Ke-13 Semakin Hampir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium