Myvi terperosok dalam lubang akibat tanah mendap - pakdin.my

SEBUAH kereta yang dipandu seorang wanita terperosok ke dalam lubang yang terjadi akibat tanah mendap di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira 11.35 malam itu, mangsa sedang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi apabila tanah di lokasi berkenaan mendap menyebabkan keretanya terperosok ke dalam lubang berpunca mendapan itu.

“Siasatan awal mendapati lubang akibat mendapan tanah di lokasi berkenaan seluas tiga meter persegi. Mangsa yang berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Zulkefly berkata operasi membaik pulih laluan tersebut telah dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN166/59). -Bernama

UTAMABERITAMyvi terperosok dalam lubang akibat tanah mendap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium