UNDI BELAH BAHAGIAN untuk tidak menyokong BAJET Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dicemari dengan sikap berat sebelah dan menipu kiraan undi. Keputusan adalah 32 bersetuju 28 tidak bersetuju.
Ahli Parlimen PH amat kurang di dalam Dewan Rakyat telah berpusu-pusu masuk apabila diberi lebih masa oleh Yang dipertua Dewan.
Ada yang berjongging, ada yang berlari dan ada yang salah masuk pintu Dewan bila loceng dibunyikan.
Kelihatan YB Hatta Ramli beria-ia melambatkan kiraan undi.
Si Jelutong pucat menelefon rakan-rakan PH untuk cepat masuk Dewan.
Si Tony Puaka dan Guan Eng berlari-lari masuk sehingga nyaris-nyaris terjatuh.
Ahli Parlimen PH patut rasa insaf bila mereka hampir dimalukan.
Ini satu pengajaran buat mereka supaya jangan ponteng sidang Dewan Rakyat. Rakyat bagi mandat bukan untuk bersenang-lenang. Jangan khianati amanah rakyat.