Hutang Negara: Guan Eng terlebih pinjam RM19.6 bilion - pakdin.my

Hari ini, Menteri Kewayangan pinjam RM4 bilion lagi.

Bayar balik 9 hb Julai 2029.

Lima hari dahulu (22 Nov), dia pinjam RM2.7 bilion.

Bayar balik 22 hb Mei 2040.

12 hari dahulu (15hb Nov), dia juga pinjam RM4 bilion. Bayar balik bulan Mei 2023.

Mengikut pengiraan saya, hutang bersih baru negara sebanyak RM71.5 bilion telah dipinjam pada tahun ini sahaja setakat hari ini (27 Nov 2019).

RM71.5 bilion ini juga adalah RM19.6 bilion berlebihan dari jumlah RM51.9 bilion yang diluluskan untuk dipinjam dalam bajet 2019.

Bermakna setakat hari ini, Malaysia telah terlebih pinjam RM19.6 bilion dan hutang negara baru menjadi RM813 bilion (berbanding RM686 bilion masa BN).

Jika ditambah dengan bon samurai kedua sebanyak RM8 bilion maka kerajaan PH telah menaikkan hutang negara sebanyak RM135 bilion berbanding akhir tahun 2017 masa BN.

(RM135 bilion ini boleh jelaskan 4.2 kali hutang RM32 bilion 1MDB tapi satu sen prinsipal hutang 1MDB pun tak dikurangan PH. Tapi hari-hari PH tetap zikir 1MDB akan mufliskan negara sedangkan aset 1MDB tinggi).

Kerajaan PH cuma ada masa sebulan lagi sehingga akhir tahun 2019 untuk membayar balik jumlah RM19.6 bilion terlebih pinjam berbandingkan apa yang diluluskan bajet tahun ini.

Jika tidak, defisit bajet tahun 2019 ini akan lari dan kita bakal diturunkan penarafaan.

Facebook Najib Razak

UTAMAEKONOMIHutang Negara: Guan Eng terlebih pinjam RM19.6 bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium