[Video] Kalau Azmin terasa, itu masalah dia – Anwar - pakdin.my

AYER KEROH – “Eh, itu sejarah Melayu.” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tentang kenyataan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa ucapan dasar presiden tidak inklusif dan menyerang ahli parti termasuk menggunakan perlambangan kisah Si Kitul.

Mengulas lanjut, Presiden PKR itu berkata, terpulang kepada Azmin untuk terasa atau sebaliknya sambil menegaskan apa yang beliau sampaikan dalam ucapan pagi tadi merupakan kenyataan sejarah dalam sulalatus salatin.

“Kalau dia terasa itu masalah dia bukan masalah saya. Itu kenyataan sejarah dalam sulalatus salatin,” katanya ketika ditemui media selepas berakhirnya perbahasan ucapan dasar presiden, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menafikan ucapan dasarnya menyentuh mana-mana individu secara peribadi, sehingga mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati kepada sesetengah perwakilan termasuk Azmin sehingga mereka bertindak meninggal dewan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sukar untuk pihak sekretariat Kongres Nasional mengawal isi kandungan ucapan para perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Katanya, semua perwakilan semua sudah diingatkan tentang tatacara berucap termasuk tidak memetik nama mana-mana individu.

Bagaimanapun, katanya, perwakilan ada hak menegur mana-mana ahli yang didapati bermasalah seperti tidak hadir ke mesyuarat parti.

“Terpulang kepada perwakilan, nak kawal ucapan perwakilan susah lah. Perwakilan dipilih oleh negeri bukan dipilih oleh sekretariat.

Dalam sidang media di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Azmin bersama tiga Naib Presiden iaitu Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju melahirkan rasa kecewa kerana Anwar melanggar persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat khas 4 Disember lalu.

Mereka bersama 22 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta Ketua Wanita PKR, Haniza Talha, Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham bertindak meninggalkan kongres.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka | pakdin.my
UTAMAPOLITIK Kalau Azmin terasa, itu masalah dia - Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium