Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPenjawat awam dan keluarga...

Penjawat awam dan keluarga patut berkempen untuk BN - pakdin.my

Kakitangan kerajaan yang ditukar kepada skim kontrak jangan risau. BN menang PRU akan datang kita bagi status tetap dan berpencen.

Apa ada masalah!

Jadi kempenlah semua ahli keluarga anda undi BN akan datang.

………
K’jaan akan kurangkan perjawatan awam sebanyak 5% – Hanipa

PARLIMEN | Putrajaya merancang mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021, kata Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin.

“Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan BN Senator Ibrahim Shah Abu Shah minggu lalu.

Jelasnya, 38 peratus lagi dari lain-lain sektor seperti pentadbiran, perkhidmatan sosial, kejuruteraan, kewangan dan ekonomi, sains, pengangkutan, bakat dan seni, kemahiran, perundangan/ kehakiman dan sebagainya.

“Kerajaan berpandangan jumlah perjawatan ini boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan dan punca pendapatan pegawai yang terlibat.

“Sehubungan itu, kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 5 peratus perjawatan secara berfasa sehingga tahun 2021,” kata Hanipa.

Ini akan mengurangkan pekerjaan daripada 1.7 juta kepada 1.61 juta perjawatan. Dalam erti kata lain, kerajaan tidak mengurangkan jumlah kakitangan, yang kini berjumlah 1.57 juta kakitangan.

Pada Januari 2017, menteri kewangan kedua ketika itu, Johari Abdul Ghani berkata Malaysia mempunyai perkhidmatan awam yang paling kembung di dunia, dengan nisbah seorang penjawat awam bagi setiap 19.37 orang di Malaysia.

Pada bulan Februari, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata saiz perkhidmatan awam negara terlalu besar dan patut dikurangkan.

Bagaimanapun, kata perdana menteri mengurangkan saiz perkhidmatan awam akan menyebabkan masalah lain.

Sementara itu, Hanipa berkata dasar semasa untuk mengawal saiz perkhidmatan awam selaras dengan taraf ekonomi dan perkembangan teknologi.

“Kerajaan telah menggunakan beberapa kaedah, termasuk kajian mengenai pertindihan fungsi di antara entiti kerajaan, rasionalisasi pekerjaan dan mengoptimumkan sumber manusia serta mendapatkan khidmat daripada kontrak pembekal luar serta penyampaian perkhidmatan alternatif dan penswastaan.

“Kerajaan berpendirian bahawa sektor awam sewajarnya memfokuskan kepada penyediaan dasar utama, menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan serta tidak terbabit secara aktif dalam aktiviti ekonomi perdagangan di Malaysia.

“Melalui dasar penswastaan pada tahun 1983, kerajaan telah berjaya mengurangkan bebanan kewangannya,” kata Hanipa.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata “menerusi penswastaan, keupayaan dan kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri dapat dipertingkatkan serta mengurangkan pembiayaan kerajaan terhadap perbelanjaan operasi jabatan atau agensi berkenaan.

“Kerajaan juga berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan,” katanya lagi.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883