Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPRU15: PH dijangka menang...

PRU15: PH dijangka menang 41 peratus kerusi Parlimen – EMIR Research - pakdin.my

Reverse psychology dan social engineering memaksa orang percaya dan bersimpati.

Sampling 1,992 responden dari pelbagai latar belakang, bermakna setiap latarbelakang tidak sampai 500 orang.

Cuba menunjukkan mereka mendapat sokongan dari yang berpendapatan tinggi dan sederhana serta berpendidikan supaya yang berpendapatan rendah dan tidak tinggi pendidikan yang tidak menyokong kembali menyokong mereka,untuk bersama yang cerdik kononnya.

……………….
PRU15: PH dijangka menang 41 peratus kerusi Parlimen – EMIR Research

[AstroAwani] Selepas menjalankan penyelidikan Indeks Kebimbangan Negara (NWI) yang dikeluarkan pada November lalu, badan pemikir, EMIR Research hari ini mengeluarkan satu lagi hasil penyelidikan mengenai sokongan dan pandangan rakyat terhadap parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Daripada 1,992 responden yang terdiri daripada 104 latar belakang yang berlainan mendapati Pakatan Harapan (PH) mendapat undian tertinggi sebanyak 41 peratus berbanding Umno dan PAS 38 peratus bagi kerusi Parlimen.

Ia diikuti 17 peratus responden memilih parti Bebas manakala empat peratus lagi tidak berminat untuk mengundi.

INDEKS KEPUASAN KERAJAAN (GSI)

Indeks Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI) dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepuasan responden terhadap prestasi kerajaan menerusi inisiatif dan usaha yang dijalankan selepas Pilihan Raya Umum ke 14, pada 9 Mei 2018.

Hasil penyelidikan mendapati tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan berada pada kadar purata dengan bacaan 0.53 pada skala 0 hingga 1.

Penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif dijalankan terhadap responden mengikut beberapa sektor dan isu melibatkan rakyat.

SOKONGAN MENGIKUT PENDAPATAN

Sokongan daripada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah mendapati 45 peratus memilih Muafakat Nasional (Umno dan PAS).

Pakatan Harapan pula mendapat 40 peratus undian diikuti 15 peratus bagi parti Bebas.

Kajian mendapati ini didorong dengan kos sara hidup dan sosio-ekonomi yang memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Ia berbeza dengan golongan berpendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 yang memilih Pakatan Harapan sebanyak 51 peratus berbanding Muafakat Nasional 31 peratus.

Manakala sokongan terhadap parti Bebas didapati meningkat kepada 18 peratus berbanding golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Trend yang sama dilihat bagi golongan berpendapatan RM5,000 ke atas yang 52 peratus memilih Pakatan Harapan berbanding 36 peratus Muafakat Nasional, diikuti 12 peratus bagi parti Bebas.

Trend ini disebabkan majoriti responden kurang terkesan dengan sosio-ekonomi dan kos sara hidup seperti yang dilaporkan dalam Kajian The Perut Economy sebelum ini.

SOKONGAN MENGIKUT UMUR

Bagaimanapun hasil penyelidikan bagi responden mengikut pecahan umur pula menyaksikan saingan sengit diantara Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional akan berlaku terutamanya bagi pengundi berusia 31 tahun ke bawah.

42 peratus mengundi Muafakat Nasional menakala 40 peratus memilih Pakatan Harapan diikuti 19 peratus bagi parti Bebas.

Bagi tiga kumpulan responden berusia 31 hingga 40, 41 hingga 50 dan 51 tahun ke atas pula memberi reaksi berbeza.

Rata-rata memilih Pakatan Harapan dengan 45,46, dan 49 peratus berbanding 39,38 dan 33 peratus bagi Muafakat Nasional.

Manakala 16,16 dan 17 peratus mereka memilih parti Bebas.

Dari sudut pecahan kaum pula, mendapati kaum Melayu dan Bumiputera memilih Muafakat Nasional sebanyak 53 peratus berbanding 33 peratus Pakatan Harapan.

Manakala 64 peratus Pakatan Harapan dipilih oleh kaum Cina berbanding 12 peratus bagi Muafakat Nasional.

Pakatan Harapan juga dilihat berjaya memegang kepercayaan kaum India apabila 52 peratus memilih parti kerajaan berbanding 24 peratus memilih Muafakat Nasional.

‘THE ECONOMIC DIMENSION’

Kajian turut dijalankan menerusi ‘The Economi Dimension’ yang mengambil kira kepuasan responden terhadap kerajaan sedia ada.

Sebanyak tujuh isu asas diberikan kepada responden yang melibatkan usaha dan tindakan kerajaan Pakatan Harapan berkaitan sosio-ekonomi setempat, kesihatan, mata wang ringgit dan barangan asas.

Sebanyak 43 peratus responden berpuas hati kerajaan berjaya mengawal kos servis perubatan diikuti 29 peratus tidak berpuas hati.

Ia berikutan usaha kerajaan dalam memperkenal beberapa program kesihatan terhadap rakyat.

Manakala 42 peratus berpuas hati kestabilan harga barangan asas dapat dikawal, diikuti 36 peratus berpuas hati.

Bagi nilai mata wang ringgit pula, 36 peratus responden tidak berpuas hati akan tindakan kerajaan dalam mengawalnya, diikuti 33 peratus berpuas hati.

Ini disebabkan kejatuhan nilai ringgit sehingga menyebabkan kos sara hidup meningkat dan menekan rakyat.

‘THE HEALTH AND TRANSPORT DIMENSION’

Dari sudut kesihatan dan pengangkutan awam, empat isu dibentangkan kepada responden bagi menilai penerimaan rakyat.

39 peratus berpuas hati tindakan kerajaan dalam menentukan bajet bagi servis kesihatan susulan kempen kesihatan serta penambahbaikan servis pengangkutan awam.

Manakala 31 peratus merasakan tidak berpuas hati dengan usaha yang telah dijalankan.

Turut menarik perhatian, isu pengambil alihan konsensi tol yang menyaksikan 33 peratus responden berpuas hati usaha kerajaan dalam mengurangkan beban tol terpaksa dibayar rakyat.

Namun 31 peratus responden tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan selama ini.

Turut disentuh, isu rumah mampu milik yang menjadi antara isu asas kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Penyelidikan mendapati 38 peratus responden berpuas hati dengan Pelan Polisi Rumah Mampu Milik oleh kerajaan manakala 28 peratus merasakan sebaliknya.

Prosedur pinjaman perumahan juga menyaksikan 37 peratus berpuas hati dengan usaha kerajaan ketika ini manakala 28 peratus tidak merasakannya membantu rakyat.

Bagi yang tidak mampu memiliki rumah mampu milik, Skim Rumah Sewa yang diperkenalkan oleh kerajaan mendapati 37 peratus respons rakyat yang berpuas hati.

Manakala 28 peratus tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan ketika ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohammed Ariff pembentangan hasil penyelidikan itu bagi mengenal pasti kepuasan rakyat terhadap prestasi kerajaan.

“Kami melakukan penyelidikan mendalam untuk mendapatkan data sebenar dan jelas dari sentimen rakyat berkaitan kerajaan. Bila kami (EMIR Research) keluarkan data Indeks Kebimbangan Negara (NWI) sebelum ini mendapat reaksi rakyat yang sangat baik.

“Data itu daripada lapangan dan kami hanya mengemukakannya, semua proses termasuk metodologi kajian untuk mendapatkan data yang benar. Tidak semua ‘think-tank’ akan dedahkan data seperti ini, tetapi bagi kami ini adalah penting untuk rakyat tahu dan ianya boleh dibincangkan.” katanya ketika pembentangan hasil penyelidikan berkenaan di Pejabat EMIR Research di ibu negara pada Khamis.

Seramai 25 penyelidik terbabit dalam penyelidikan itu yang diketuai Profesor Datuk Dr Mohamad Sahari Nordin, Profesor Dr Tunku Mohar dan Profesor Datin Dr Margarita Peredaryenko.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918