Daim sangkal kata Melayu malas - pakdin.my

Yang seringkali melabelkan Melayu pemalas adalah Tun Mahathir dan sepatutnya Tun Daim Whatsapp sahaja Tun M memberitahu yang sebenarnya.

………..

Tun Daim Zainuddin menyangkal pihak yang cuba melabel orang Melayu sebagai malas dan menjadi antara penyebab kaum itu sukar berjaya.

Bekas menteri kewangan itu berkata, banyak kejayaan ditempa oleh orang Melayu hingga ada antaranya yang menjadi kebanggaan ramai.

“Kalau kata Melayu malas, yang malas itu adalah mereka dapat kontrak, mereka yang dapat AP tapi jual kepada pihak lain.

“(Tetapi) Melayu sampai sekarang tidak malas. Kalau kita lihat kepada sejarah Melaka dahulu, kini jadi pusat pelabuhan yang berjaya. Itu semua orang Melayu.

“Kita tengok yang naik LRT pagi-pagi, siapa? Orang Melayu. Yang jual nasi lemak, orang Melayu. Jadi kalau kata Melayu malas, itu tidak betullah,” katanya dalam satu sesi dialog di ibu negara seperti dilapor sebuah laman portal.

Daim turut berkongsi rahsia untuk seseorang itu berjaya adalah dengan memperbanyakkan pengetahuan melalui pembacaan.

Katanya, dengan cara membaca, seseorang itu dapat menambah pengetahuan selain sentiasa sedar tentang isu-isu semasa.

UTAMAPOLITIKDaim sangkal kata Melayu malas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium