[Video] Elaun BIPK 33 skim penjawat awam di mansuh - pakdin.my

Bermula tahun depan, Rakyat bukan sahaja tiada lagi peluang untuk diberi jawatan berpencen baru dalam kerajaan sendiri tetapi elaun juga dimansuhkan untuk mereka yang ditawarkan jawatan berkontrak.

Elaun untuk 33 skim perkhidmatan kritikal penjawat awam telah dimansuhkan oleh kerajaan PH bagi semua lantikan baru bermula 1 Januari 2020.

Mungkin tidak lagi kritikal untuk kerajaan mengambil pensyarah perubatan, doktor atau jururawat baru berkhidmat di klinik dan hospital awam kot.

Klinik swasta dibenarkan naik caj berganda tetapi dalam perkhidmatan kritikal awam dimansuhkan pula.

Saya harap tidak akan berlakunya keadaan di mana klinik dan hospital kerajaan tak cukup doktor atau jururawat dan rakyat terpaksa melawat klinik serta hospital swasta yang telah dinaikkan caj.

Rakyat suruh kamu mansuhkan tol dan PTPTN, korang mansuhkan jawatan berpencen, bantuan dan elaun Rakyat pulak!

Najib Razak

Janngan lupa subscribe

UTAMANAJIB RAZAK Elaun BIPK 33 skim penjawat awam di mansuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium