Bayar RM200 boleh bawa balik - pakdin.my

LANGKAWI – Dengan bayaran hanya RM200, wanita warga asing yang berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) boleh dibawa pulang bagi tujuan melampiaskan nafsu.

Aktiviti tidak bermoral yang menawarkan khidmat persundalan warga asing di sebalik pusat hiburan di Pekan Kuah, dekat sini, bagaimanapun terbongkar apabila 32 wanita ditahan hasil operasi Jabatan Imigresen Kedah yang tamat pada jam 3 pagi hari ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi tersebut dijalankan atas maklumat orang ramai dan hasil risikan anggota penguat kuasanya berhubung penyalahgunaan pas lawatan sosial melibatkan wanita warga asing di lokasi terlibat, yang turut disyaki melakukan aktiviti tidak bermoral di luar waktu kerja.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, seramai 68 wanita warga asing telah diperiksa dan hasilnya, 32 wanita warganegara asing berjaya ditahan melibatkan 27 wanita warganegara Thailand dan lima Laos.

“Kesemua mereka berumur lingkungan antara 19 sehingga 42 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu dalam operasi tersebut, pihaknya melakukan pemeriksaan di premis dua tingkat iaitu tingkat bawah sebagai pusat hiburan, manakala tingkat atas dijadikan pusat karaoke yang disyaki menawarkan khidmat GRO wanita warga asing.
“Terdapat dua orang pengawal yang menjaga pintu hadapan premis tersebut,” katanya.

Seorang pelayan warga asing diarah menunjukkan semua bukti dan pas lawatan yang dibawanya.
Zuhair berkata, semasa serbuan dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun berjaya digagalkan pegawai penguat kuasa yang telah membuat kepungan awal sebelum serbuan dilakukan.
Pihaknya turut merampas resit bayaran pelanggan dan kamera litar tertutup bagi tujuan siasatan.
Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.
“Mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik,” katanya.

UTAMABERITABayar RM200 boleh bawa balik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium