Operasi khas banteras sindiket rokok seludup, 6 ditahan - pakdin.my

Polis merampas 14,450 karton rokok seludup serta menahan 6 individu menerusi operasi khas membanteras sindiket pengedaran rokok seludup, Op Asap, di Bukit Raja, Klang dan Shah Alam hari ini.

Dalam operasi itu, polis turut merampas 5 kenderaan pelbagai jenis, wang tunai berjumlah RM83,400 serta 29 keping cek bernilai RM142,767 yang keseluruhannya dianggar bernilai RM3.2 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 5 lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam berusia 26 hingga 47 tahun.

“Lima kenderaan yang dirampas terdiri daripada kereta jenis BMW 525i, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, Toyota Camry, Toyota Vios dan sebuah lori jenis Isuzu Canvas 5 tan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman selama 7 hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITAOperasi khas banteras sindiket rokok seludup, 6 ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium