Kurang stok ubat, tiada katil punca hospital tak terima pesakit influenza - pakdin.my

Hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang, termasuk hospital swasta utama tidak dapat menerima pesakit dijangkiti virus Influenza A akibat kekurangan ubat dan katil yang turut memaksa penutupan beberapa sekolah di Selangor serta Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan FMT mendapati kebanyakan hospital tidak menerima pesakit atas alasan “tiada katil kosong”, walaupun mereka mempunyai rujukan daripada doktor selepas didiagnos.

Kumpulan hospital swasta, Ramsay Sime Darby Health Care berkata, kedua-dua pusat perubatannya di Subang Jaya dan Ara Damansara tidak menerima pesakit.

Katanya, hospitalnya menerima lebih banyak kes berbanding kebiasaan dengan pesakit dirawat atas gejala yang mereka hidapi dan ia sentiasa memantau perkembangan kes itu.

“Jika simptom mereka tidak reda dan bertambah teruk, mereka harus kembali ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Sementara itu, Hospital Assunta dan Pusat Perubatan Thomson di Petaling Jaya memaklumkan ia sudah kehabisan katil, manakala Pusat Pakar Damansara masih menunggu bekalan ubat influenza.

FMT difahamkan Hospital Sungai Buloh masih menerima pesakit.

Jumlah kes Influenza A dilaporkan meningkat dan Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah berwaspada dan mengambil langkah mengawal epidemik itu.

Suntikan anti-virus cukup di hospital awam

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, bekalan ubat Influenza A di hospital kerajaan mencukupi, manakala sesetengah hospital swasta dalam proses menambah bekalan mereka selepas peningkatan mendadak kes selsema.

Katanya, suntikan anti-virus hanya diberikan kepada wanita hamil, warga emas, kanak-kanak 5 tahun ke bawah, individu mempunyai masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit kencing manis, kegagalan buah pinggang dan kanser.

Beliau menasihatkan mereka yang menghidap selsema untuk berehat di rumah.

“Mereka memerlukan rehat mencukupi dan mereka akan pulih. Jika kita menerima semua orang di hospital kerajaan, yang lain mungkin dijangkiti juga,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, bekalan ubat kepada hospital swasta bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya dan syarikat farmaseutikal mendapatkan bekalan dari luar negara.

Katanya, hospital kerajaan sentiasa mengenakan syarat ketat dalam suntikan anti-virus bagi mengelakkan penyalahgunaan ubat.

Sementara itu, satu sumber di sektor kesihatan awam memberitahu FMT, beliau tidak terkejut dengan kekurangan bekalan ubat itu.

“Bekalan ubat di hospital kerajaan dan swasta di negara ini terhad.

“Tidak banyak permintaan untuk suntikan anti-virus sebelum penularan di China.

“Tahun ini mereka mempunyai lebih banyak kes influenza dan selsema berbanding tempoh sama tahun lalu.”

Beliau berkata, hospital swasta terpaksa menolak pesakit mendapatkan rawatan kerana mereka tidak

Katanya, beliau melawat Hospital Sunway hari ini dan mendapati mereka sudah menerima bekalan ubat pada minggu lalu, manakala hospital lain akan mendapat ubat mereka secepat mungkin.

Isnin lalu, Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bekalan ubat influenza di fasiliti kerajaan tidak mencukupi atau kehabisan stok.

Katanya, stok “Oseltamivir 75mg Capsule” dan “Oseltamivir 60mg/5ml Oral Suspension” mencukupi bagi menampung keperluan rawatan influenza di fasiliti kerajaan buat masa ini.

Kenyataan media Sime Darby Health | pakdin.my
UTAMAGAYA HIDUPKurang stok ubat, tiada katil punca hospital tak terima pesakit influenza

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium